“Pemfitnah Sila Perbaiki Diri!” – Dituduh Skandal Dengan Artis Popular, Anwar Amzah Anggap Kontroversi Tak Jejas Karier

“Pemfitnah Sila Perbaiki Diri!” – Dituduh Skandal Dengan Artis Popular, Anwar Amzah Anggap Kontroversi Tak Jejas Karier

“Kontroversi itu hanya sekadar tuduhan”.

Demikian respons pempengaruh dan gitaris popular dengan gaya ‘Fingerstyle’ Anwar Amzah ketika disoal mengenai kontroversi yang terpalit melibatkan dirinya dan artis terkenal berstatus isteri orang.

Kata Anwar ketika ditemui XTRA, selain mahu melupakan kontroversi tersebut, dia juga memaklumkan hubungan dengan individu berkenaan masih baik.

Sekaligus menjelaskan isu itu tidak sedikitpun menjejaskan perjalanan karier seninya.

“Macam ni, apa pun kontroversi yang datang ia takkan halang atau jejaskan karier seni saya.

“Saya nak buat muzik ke? Nak main gitar ke? Saya still jumpa kawan-kawan artis saya.

“Lagipun,  kita dalam muzik industri sangatlah kecil. Kita akan berjumpa mereka tidak kiralah dekat studio… so, saya tak rasa ia akan halang saya.

“Benda tu sama sekali tidak menganggu kerjaya saya. Saya dengan individu itu still contact dan masih bekerja bersama.

“Dan, kontroversi itu hanyalah sekadar tuduhan sahaja. Saya rasa tuduhan tu tak betul pun.

“Dan saya rasa orang yang buat fitnah tu dia boleh perbaiki diri dia,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu dan muzik video Imaginasi yang diadakan di Gentai Quiet Place, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Youtuber ‘Fingerstyle’ Ke Penyanyi Solo, Anwar Amzah Tampil Single Sulung ‘Imaginasi’

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Jalin Hubungan Cinta Dengan Penyanyi Berstatus Isteri Orang, Anwar Hamzah Akui Tertekan – “Saya Hanya Mahu Cari Rezeki”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Menjalinkan Hubungan Sulit, Ernie Zakri Dedah Diganggu Individu Misteri Bertahun-Tahun – “Saya Rasa Dia Sakit…”

Scroll to Top