Pemilik Arab Saudi bakal ambil alih Newscastle bernilai RM1.7 bilion

LONDON – Kelab Liga Perdana Inggeris, Newscastle kini dalam proses pengambilalihan dengan nilai £300 juta (RM1.7 bilion) oleh pemilik dari Arab Saudi mendapat lampu hijau selepas negara teluk itu menyelesaikan pertelingkahan dengan Qatar.

Perjanjian tersebut vakal dilengkapkan esok jika mendapat persetujuan pengurusan Liga Perdana.

Ia sekaligus menamatkan pertelingkahan selama empat tahun oleh Kerajaan Arab Saudi dalam usaha menamatkan penggantungan terhadap penyiar dari Qatar, beIN Sports.

Pemilik Toon, Mike Ashley dijangka bertemu bagi proses penjualan mengikut perundangan pada Januari ini.

Namun proses itu boleh terbantut kerana Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF), adik beradik Reuben dan Amanda Staveley dibenarkan melengkapkan pengambilalihan yang mahu dilakukan mereka dua tahun lalu.

SunSport melaporkan, Liga Perdana kini berpuas hati tiada kawalan terhadap kelab berkenaan oleh kerajaan Arab Saudi menerusi PIF.

Perkembangan itu menyebabkan Steve Bruce kini berdepan ancaman ketika bos Magpies itu dijangka akan diketepikan selepas kehadiran pemilik baharu di Tyneside.

Arab Saudi dan Qatar sebelum ini bertelagah mengenai hak penyiaran dan cetak rompak kandungan beIN di seluruh Asia Tengah.  – MalaysiaGazette