Oh! Tidak
Naik Ford Mustang dan BMW X5 tapi tak mampu bayar LKM dan insurans ,bagi alasan ‘masalah kewangan’.
Pandu kereta mewah tapi tak mampu nak bayar cukai jalan (LKM) dan insurans? Biar betul? Iya, itulah realiti yang berlaku apabila dua individu ditahan pihak berkuasa dalam satu satu operasi di Lebuhraya Kajang–Cheras, semalam.
Operasi yang dijalankan oleh JPJ Selangor dari jam 2 petang hingga 11 malam itu menyaksikan dua buah kereta mewah iaitu Ford Mustang dan BMW X5 dipandu tanpa Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan perlindungan insurans yang sah.
Mewah di luar, poket kosong?

Apa yang mengejutkan, kedua-dua pemandu beri alasan tak mampu nak bayar cukai jalan sebab ada masalah kewangan.
Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, pemandu Ford Mustang berusia awal 30-an memberi alasan mempunyai saman tertunggak dan telah disenarai hitam.
Manakala, pemandu BMW X5 pula dikatakan sudah lebih setahun memandu tanpa cukai jalan dan insurans.
Kenderaan disita, tiada istimewa walau kereta mewah

Kesalahan yang dibuat membuatkan JPJ menyita kenderaan untuk tindakan lanjut. Pihak berkuasa tegas menyatakan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk pemilik kenderaan mewah yang ingkar terhadap undang-undang jalan raya.
Beliau juga menekankan, memandu kereta mahal bukan tiket untuk kebal undang-undang. Semua pengguna jalan raya wajib ikut peraturan yang sama.
Pssttt! Beli kereta biar berpada-pada, jangan sampai tayang gaya tapi tanggungjawab asas macam cukai jalan pun tak mampu nak urus. Kalau tak mampu, tak salah pun downgrade gaya hidup kan?
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.