Pemilik Gerai Dikecam Minta Staf Bahagi Duit ‘Sumbangan’ Content Creator, Siap Pecat Pekerja? | Trending – Oh! Media

Pemilik Gerai Dikecam Minta Staf Bahagi Duit ‘Sumbangan’ Content Creator, Siap Pecat Pekerja? | Trending – Oh! Media

Trending

Pemilik gerai keria nafi pilih kasih, mahu wang diraikan bersama bukan individu.


Baru-baru ini tular kisah seorang pekerja mendakwa dirinya diberhentikan gara-gara enggan berkongsi wang pemberian daripada content creator, Cikgu Shaari.

Difahamkan, Cikgu Shaari telah berkunjung ke gerai tempatnya bekerja dan menemu bualnya. Di akhir video, Cikgu Shaari memberi hadiah termasuk wang tunai.

Pekerja dapat hadiah dan wang dari Cikgu Shaari

Namun, pemilik gerai didakwa meminta pekerja itu berkongsi wang dengan pekerja-pekerja yang lain. Lebih teruk lagi, sampai dibuang pekerja tu? Biar betul.

Pemilik gerai beri penjelasan panjang lebar

Gerai

Terbaru, pemilik gerai tampil memberikan penjelasan panjang lebar. Dia memohon maaf sekiranya tindakannya membuatkan mana-mana pihak terasa atau tersinggung.

Gerai

Dia juga menafikan dakwaan pilih kasih sebaliknya percaya rezeki di tempat kerja patut diraikan bersama bukannya secara individu.

Tambahnya, walaupun niatnya ketika itu hanyalah untuk berlaku adil, dia tidak menolak kemungkinan cara penyampaiannya kurang sesuai dan menimbulkan salah faham.

Gerai
Pemilik Gerai
Gerai

Saya tak pernah berniat nak zalimi atau berat sebelah terhadap mana-mana staf. Tapi saya bersalah dan benar-benar minta maaf kepada Nabila.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa semua bentuk pemberian termasuk wang dan cincin yang diberi oleh guru itu diambil olehnya.

Pssttt! Diharapkan dengan penjelasan terbuka ini, keadaan kembali jernih dan staf yang terlibat mendapat keadilan sewajarnya.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top