Peminat ajak Andy Teh kahwin, dipuji lancar baca Surah An-Nas selepas 30 minit

Peminat ajak Andy Teh kahwin, dipuji lancar baca Surah An-Nas selepas 30 minit

Pelakon Andy Teh mencuri perhatian wargamaya selepas memuat naik video terbaharunya di TikTok yang memaparkan dirinya membaca surah An-Nas.

Menerusi perkongsian itu, Andy atau nama penuhnya Andy Teh Kim Huat dilihat membaca surah tersebut dengan lancar, meskipun baru mempelajarinya selama 30 minit.

“30 minit selepas belajar Surah An-Nas,” tulis Andy ringkas di kapsyen video berkenaan.

Artikel lain: Jebat Jayden berlatih tinju, netizen tinggalkan komen – “Pastikan jangan 38 saat”

Peminat ajak Andy Teh kahwin

Video berkenaan mendapat pujian ramai, dengan warga maya kagum dengan kesungguhan pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga itu mempelajari dan menghafal surah tersebut.

Meninjau di ruangan komen, ramai warganet berseloroh mengajak Andy Teh kahwin, sambil menawarkan diri membantu memantapkan bacaan surahnya sekiranya mereka bertemu jodoh kelak.

Difahamkan, Andy mempelajari surah itu sebagai persiapan untuk menjayakan wataknya dalam filem terbaharu, Abah Saya Uncle Mike.

Sumber: TikTok andytehkh

Scroll to Top