Populariti pelakon filem aksi fenomena, Blood Brothers iaitu Irfan Zaini semakin mencanak apatah lagi terdapat segelintir peminat yang sanggup bertindak ekstrem terhadap peminat yang lain.
Kata Irfan ketika ditemui XTRA, kejadian tersebut berlaku apabila seorang peminat wanita berkesempatan mengambil foto dengannya sebelum muncul seorang lagi peminat wanita yang bertidak agresif dengan memukul individu tersebut sehingga berdarah di sebuah toilet ketika dia berada di Kuching, Sarawak bagi memperomosikan filem Blood Brothers: Bara Naga.
“Ada, tapi susah kita nak control mereka sebab mereka sayang sangat. Jadi kita tak boleh stop.
“Tapi ada satu insiden ni, masa tu dekat Kuching. Ada seroang budak ni nak ambil gambar dengan saya, lepastu dia nak pergi tandas, then ada seorang Budak ni ikut dia pergi tandas juga kemudian pukul dia sampai berdarah.
“Kemudian mangsa ambil gambar selepas dia dibelasah dan berdarah kemudian dia tag saya. Dia juga bagitahu menerusi DM memaklumkan dia tidak tahu budak itu siapa tetapi suspek memaklumkan yang Irfan adalah miliknya.
“Masa tu, saya tak tahu nak react apa. Tapi kalau boleh janganlah macam tu. Kita pun sayang anda semua juga. Jangan sampai pukul. Tak ada makna siapa yang ambil gambar dia lebih penting.
“Kalau boleh saya nak layan semua peminat sama, tapi tak sempat. Cuma, yang saya boleh bagi adalah filem-filem saya yang seterusya,” ulasnya.

Irfan atau nama penuhnya, Muhammad Irfan Mohamed Zaini berkata demikian ketiak ditemui usai tayangan drama siri originals, Honey Trap yang diadakan di Suria KLCC, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ketika di soal mengenai tindakan agresif peminatnya itu, Irfan berkata, dia berasa risau apabila kejadian sedemikian berlaku dalam kalangan peminatnya.
Malah, menitipkan pesanan agar peminatnya sentiasa menjaga kesihatan dan tidak menyakitkan diri sendiri.
“Ya memang risau, sebab tu saya nasihatkan jangan sakitkan diri sendiri kerana kesihatan itu penting.
“Kalau awak semua sayang saya, jangan buat macam itu sebab saya tak suka perkara ini berlaku,” katanya.

Selain Irfan, antara barisan artis yang terlibat dalam siri originals ini adalah, Nina KSC, Syarul Ezani, Ungku Ismail dan ramai lagi pelakon hebat.
‘Honey Trap’ merupakan naskhah yang dikembangkan daripada dunia KUDETA, siri premium Astro Originals yang ditayangkan pada tahun 2022, lakonan Vanidah Imran yang memegang watak sebagaiPerdana Menteri wanita pertama di negara fiksyen, Masraya.
Menerusi 8 episod serta 2 episod istimewa, Honey Trap masih berlatarkan dunia Masraya dari siri kudeta dengan memperkenalkan watak baharu iaitu Surya Gabriel, seorang perisik wanita yang hebat, berkaliber, menawan dan berani dalam usahanya mempertahankan keselamatan negara.
Namun, Surya terperangkap dalam permainan kuasa yang rumit, dipenuhi pengkhianatan, dilema, dan ancaman.




