Peminat Cilik Terima Komen Kurang Manis, Fazura Tampil Pertahan – “Cantik Itu Hanya Milik Allah”

Peminat Cilik Terima Komen Kurang Manis, Fazura Tampil Pertahan – “Cantik Itu Hanya Milik Allah”

Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura menzahirkan rasa simpati apabila seorang peminat ciliknya bernama, Ifti, menerima komen kurang menyenangkan mengenai rupa parasnya di media sosial.

Tidak berdiam diri, Fazura tampil memberikan kata-kata semangat menerusi hantaran di Threads,  sambil mengingatkan bahawa kecantikan bukanlah milik manusia sebaliknYA hanya pinjaman yang diberikan Allah SWT.

“Dearest Ifti sayang, cantik itu hanya milik Allah SWT.

“Kita tak punya apa-apa kerana semuanya Allah yang punya,” katanya.

Katanya lagi, budaya membandingkan siapa lebih cantik sepatutnya tidak menjadi ukuran kerana setiap insan dilahirkan dengan keunikan masing-masing.

Malah, pelantun Sayangi Dirimu itu turut mengharapkan pertemuan bersama Ifti suatu hari nanti dan menyatakan rasa sayangnya terhadap peminat ciliknya itu.

“Usah dengar kata-kata pertandingan siapa lebih cantik atau tidak sebab kita semua sama cantik kerana memakai sifat cantik Allah.

“Aunty Faz love you already.. Aunty Faz nak jumpa and peluk Ifti soon please? Ifti cantik, masyaa-Allah TabarakAllah.. Alhamdulillah,” jelasnya.

 

Scroll to Top