Peminat CNBLUE! Rebut Peluang Saksikan Live Concert ‘Voyage Into X’ Dengan Melanggan TontonUP!

Peminat CNBLUE! Rebut Peluang Saksikan Live Concert ‘Voyage Into X’ Dengan Melanggan TontonUP!

Para peminat K-Pop Malaysia, bersiap sedia untuk saat yang dinantikan! CNBLUE, kumpulan rock popular dari Korea Selatan, akan kembali ke Malaysia untuk menggegarkan Genting Highlands dengan konsert terbaharu “2024 CNBLUE LIVE IN ASIA – VOYAGE into X MALAYSIA” pada 7 Disember 2024. Tonton dan TV3 merupakan rakan rasmi bagi konsert ini dan kini anda berpeluang untuk meraih tiket eksklusif untuk menyaksikan persembahan epik mereka secara langsung!

Penyertaan ini terbuka kepada pengguna baharu Tonton di mana anda hanya perlu melanggan pelan TontonUP selama 12 bulan dan secara automatik nama anda akan tersenarai dalam cabutan bertuah. Sebanyak 40 keping tiket, termasuk tiket kategori Premiere Zone (Rock Zone) yang bernilai sehingga RM738, serta peluang menikmati faedah eksklusif untuk dimenangi, menanti para pelanggan TontonUP sahaja. Rebut peluang ini bermula dari 15 hingga 30 November 2024. Pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan ini untuk bersama-sama merasai pengalaman istimewa bersama CNBLUE!

CNBLUE, yang terkenal dengan bakat dan penampilan yang mempersonakan, telah memulakan siri konsert “Voyage Into X” di Seoul dan meneruskan perjalanan mereka ke destinasi lain termasuk Macau, Taipei, Bangkok, dan kini, Malaysia. Konsert di Genting Highlands ini dijangka membawa peminat setia dalam gelombang emosi melalui persembahan lagu-lagu hit ikonik mereka seperti “A Sleepless Night”, “Intuition”, “Love Light” dan lain-lain, berserta energi pentas yang luar biasa.

Jadi tunggu apa lagi? Layari www.tonton.com.my/tontoncnblue untuk melanggan TontonUP selama 12 bulan dan anda sudah berada selangkah lebih dekat untuk merasai persembahan penuh bertenaga daripada CNBLUE yang hanya untuk peminat mereka yang setia. Anda mungkin pemenang bertuah yang kami cari untuk malam yang penuh dengan muzik, emosi, dan kenangan manis bersama CNBLUE!

Ikuti juga perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton. Untuk mendapatkan info terkini tentang konsert ini, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy, serta laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Scroll to Top