Peminat doa Tokti ‘pancit’ ketika persembahan, minta sedar diri sikit

Peminat doa Tokti ‘pancit’ ketika persembahan, minta sedar diri sikit

Walaupun bergelar penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza tetap tidak terlepas daripada kritikan ‘kejam’ netizen yang sengaja mencari salah dalam dirinya.

Beliau yang memukau lebih 60,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil sewaktu membuka tirai konsert Mega Lagenda India, A.R Rahman telah diberi standing ovation dan tepukan gemuruh kerana melantunkan lagu Tamil dengan begitu baik.

Namun begitu, menerusi perkongsian dari Media Hiburan, ada peminat yang mendoakan perkara tidak baik terjadi sewaktu persembahan Tokti dengan berharap supaya beliau ‘pancit’ ketika berada di atas pentas.

“Semoga Toktu pancit 10 kai malam ni. Dah lama sangat duduk dekat atas, sesekali jatuh baru sedar diri sikit siapa yang dok menyokong selama ini,” tulis netizen.

Ciapan dibuat akaun yang mengaku peminat Tokti itu telah mendapat pelbagai respon daripada Sitizoner. Kebanyakkan mereka mengecam tindakan biadap individu disebalik akaun peminat tersebut kerana mendoakan perkara-perkara buruk berlaku sewaktu persembahan penyanyi tersebut.

Hantaran negatif itu turut mendapat perhatian Siti Nurhaliza dan beliau memberikan jawapan ‘win’ ke atas ciapan tersebut.

 

Komen balasan daripada penyanyi lagu Cindai itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada penyokongnya yang kebanyakkan bersetuju dengan apa yang ditulis biduanita terbabit.

Rata-rata mereka merasakan ciapan negatif tersebut bukan datang dari peminatnya dan mungkin sahaja individu yang dengki dengan kejayaan penyanyi terbabit sehingga kini.

 

Sumber: Media Hiburan (Aizam Manaf), Twitter ctdk