Peminat Kecewa Stacy Undur Diri, Tidak Terlibat Dalam Konsert Sumandak Stars

Peminat Kecewa Stacy Undur Diri, Tidak Terlibat Dalam Konsert Sumandak Stars

Penyanyi, Stacy mengejutkan ramai apabila sebuah kenyataan rasmi memaklumkan selebriti ini menarik diri atau tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak pengurusan, Rythm and Rhyme Entertainment menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram, pada Jumaat.

“Kami dari pihak pengurusan dengan rendah diri ingin memaklumkan bahawa Stacy tidak akan terlibat dalam Konsert Sumandak Stars atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat diperincikan.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai pemahaman anda,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, keputusan tersebut telah memberi kesan kepada peminat Stacy yang kecewa sehingga membatalkan niat mereka untuk membeli tiket.

Sebelum ini, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memaklumkan bakal mengadakan konsert menggabungkan barisan penyanyi berasal dari Sabah.

Selain Bella dan Stacy, penyanyi lain yang terlibat dalam Konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku ialah Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Wani Kayrie dan Didi Astillah yang bakal berlangsung pada 30 November, di Zepp Kuala Lumpur.

Scroll to Top