Peminat pengsan depan mata, Roslan Shah mahu jaga batas tak boleh angkat wanita bertudung

Peminat pengsan depan mata, Roslan Shah mahu jaga batas tak boleh angkat wanita bertudung

Pengacara dan penyanyi Roslan Shah dikejutkan dengan kejadian seorang peminat tiba-tiba pengsan sejurus selesai bergambar dengannya sewaktu menghadiri sebuah festival jualan di Sabah International Convention Centre pada Jumaat.

Memetik laporan mStar, Roslan, yang mesra disapa Cik Lan, berkata, dia berada di acara berkenaan bagi membuat persembahan dan menghiburkan pengunjung yang hadir. Namun situasi tersebut berlaku secara mengejut sehingga menimbulkan rasa panik dalam kalangan orang ramai termasuk dirinya.

“Memang ada sedikit kelecohan berlaku malam tadi. Selepas bergambar dengan saya, tiba-tiba peminat itu pengsan. Pada mulanya saya ingat dia bergurau atau main-main,” katanya.

Mengulas lanjut, Roslan menyedari keadaan sebenar apabila wanita berkenaan dilihat berada dalam keadaan cemas seolah-olah mengalami serangan anxiety.

Pada awalnya dia terfikir untuk membantu mengangkat wanita itu, namun membatalkan niat kerana kejadian berlaku di tempat awam selain peminat tersebut bertudung dan mahu menjaga batas.

Screenshot

“Bila nampak dia macam panik, saya terus terkejut dan risau. Memang tak sangka perkara macam itu boleh berlaku depan mata.
“Saya memang terfikir nak bantu angkatkan, tetapi saya tak mahu tersalah tindakan sebab dia wanita bertudung dan keadaan pula di tempat terbuka yang ramai orang. Jadi saya serahkan kepada mereka yang lebih sesuai untuk membantu,” ujarnya.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Alamak Terlepas Bus Raya itu menarik nafas lega apabila peminat berkenaan segera menerima bantuan daripada petugas acara yang berada di lokasi.

Menurutnya, pihak pengurusan bertindak pantas dengan menenangkan wanita tersebut sebelum membawanya ke kawasan yang lebih selesa untuk berehat.

“Alhamdulillah pihak pengurusan cepat membantu. Mereka bagi kipas, bagi dia minum air dan suruh dia duduk berehat sekejap. Selepas itu keadaan dia nampak semakin okay,” tambahnya lagi.

Artikel lain:Roslan Shah nafi ambil kesempatan peluk DSV – “Nak kahwin pun takut, kekayaan tak sama”

Terdahulu, Roslan turut memuat naik video kejadian tersebut di akaun TikTok miliknya yang kemudiannya menarik perhatian ramai.

Untuk rekod, Roslan terlibat dalam acara Fiesta Mega Raya 2026 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre bermula 7 hingga 18 Mac.

Sumber: mStar

Scroll to Top