Pelakon, Tracie Sinidol, 23, mengakui ramai peminatnya yang suka melihat gandingannya bersama aktor meningkat naik, Jazmy Juma.
Menurut Tracie, dia meluahkan rasa teruja apabila peminat menggabungkan namanya bersama Jazmy dengan tanda pagar #JaCieEffects.
“Saya rasa perkara itu sangat menyeronokkan sebab pada saya mereka ‘ship’ karakter dalam drama itu.
“Dan ia pun bagus juga bila ada orang gembira dengan ‘chemistry’ kami berdua bermaksud lakonan kami berjaya.
“Peminat hanya ‘ship’ karakter itu saja, tak lebih-lebih. Jadi saya sangat terbuka sebab ini adalah untuk drama juga.
“Mereka terbawa-bawa sampai mahu saya dan Jazmy berganding lagi dan menantikan projek kami seterusnya,” katanya.
Tracie berkata demikian ketika ditemui media pada malam Finale drama lakonannya, Hilang Dalam Rindu di Arina Skyview, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada acara tayangan episod akhir Hilang Dalam Rindu yang diraikan bersama peminat itu turut dihadiri oleh barisan pelakon lain iaitu Jazmy Juma, Zariff Ghazzi, Qistina Rainda, Sera Melissa, Nina Smith dan Aizat Saha.
Dengan pengakhiran penuh emosi ini, Hilang Dalam Rindu bukan sahaja menutup kisah cinta Eijaz dan Aira, tetapi juga menjadi hadiah paling indah buat peminat yang setia mengikuti setiap episod.
“Sewaktu awal-awal buat projek ini saya tak sangka sokongan mereka sejauh ini. Bila dapat feedback daripada orang saya rasa gembira.
“Setiap hari saya akan tengok #HilangDalamRindu di media sosial untuk tengok fans edit, komen mereka semua.
“Drama ini pun dapat sokongan peminat dari Thailand, Indonesia dan Filipina,” katanya.
Artikel Berkaitan: Tracie Sinidol Potong Rambut Demi Watak Dalam Filem Baharu, Terkejut Disamakan Dengan Lisa Blackpink




