Nampaknya, para peminat BASS mulai teruja apabila melihat video Syed Saddiq bawa Bella Astillah bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad serta isterinya, Tun Dr Hasmah.
Syed Saddiq bawa Bella Astillah jumpa Tun M & Tun Hasmah
Menerusi video yang dikongsi di media sosial, dapat dilihat yang Syed Saddiq seakan memperkenalkan Bella kepada bekas Perdana Menteri Malaysia terbabit dengan ceria.
Reaksi daripada Tun M serta isteri nampak begitu gembira dan tidak henti tersenyum kepada pasangan tersebut.
Instagram will load in the frontend.
Syed Saddiq bawa Bella Astillah ke sambutan hari ulang tahun Tun M & isteri
Difahamkan, mereka telah menghadiri acara sambutan ulang tahun Tun M yang ke-100 dan Tun Dr Hasmah yang ke-99 sambil dihadiri tetamu VVIP, keluarga dan juga kenalan.
Dapat dilihat yang Tun Dr Hasmah melayani Syed Saddiq dan Bella dengan penuh kasih sayang dan sempat berbual mesra.
Ada bau-bau nasi minyak ni
Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen di media sosial lebih-lebih lagi apabila hubungan pasangan berkenaan seperti sudah direstui oleh orang-orang kenamaan negara.
Ada juga yang berseloroh mengatakan sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah merestui hubungan mereka dan kini bekas Perdana Menteri juga melakukan hal sama.
Bekas PM & PM dah approve tu!
Semoga Tuhan menjaga pasangan ini
Mungkinkah Tun M & Tun Hasmah junior?
Artikel lain: “Bella kena ada kat sebelah..”- Sempat bisik, Anwar Ibrahim usik Syed Saddiq ketika beri baju Melayu
Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah bergurau dengan Syed Saddiq menyatakan bahawa Bella perlu berada di sisinya sewaktu Ahli Parlimen Muar tersebut menghadiahkan baju Melayu sempena hari raya tempoh hari.
Sumber: Instagram Bella Astillah