Peminat Ugut Bunuh Diri Cemburu Tengok Aksi Mesra Baby Shima Dalam MV

Peminat Ugut Bunuh Diri Cemburu Tengok Aksi Mesra Baby Shima Dalam MV

Umum mengetahui, penyanyi Baby Shima baru saja melancarkan muzik video lagu terbarunya Island Boi yang menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Baby Shima dilihat ada memuat naik mesej diterima daripada peminat fanatik yang cemburu melihat aksi mesra penyanyi itu bersama model dalam muzik video berkenaan.

BACA: “Kalau Jawa Kira Melayu Juga Ke?” – Baby Shima

Sementara itu, Shima meminta peminatnya itu mengucap serta bertanyakan mengapa lelaki itu mahu cemburu dan sudah berpenat lelah melakukan penggambaran, tidak mungkin dia akan memadam video berkenaan.

“Abang bawa mengucap, dari semalam abang spam komen cakap nak bunuh diri. Kenapa nak cemburu pula aksi saya dalam music video saya sendiri.

“Takkan lah saya nak suruh YouTube tolong hapuskan music video Island Boi tu pula. Penat saya shooting, panggil model mat salih import pula tu, besar bajet oi,” katanya.


Scroll to Top