Pempengaruh Ditahan Gara-Gara Bina ‘Rumah’ Terapung Siap Dengan Kereta Mewah

Pempengaruh Ditahan Gara-Gara Bina ‘Rumah’ Terapung Siap Dengan Kereta Mewah

Trending

Pempengaruh ditahan selepas bina platform terapung siap dengan kereta mewah di Pulau Bidong tanpa lesen sah.


Enam individu termasuk seorang pempengaruh ditahan dalam satu serbuan di perairan Pulau Bidong, Kuala Nerus Terengganu.

Serbuan itu dibuat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas platform dua tingkat yang lengkap dengan bilik tidur dan sebuah kereta mewah itu tular di media sosial.

Operasi maritim bongkar aktiviti tanpa lesen

Youtuber

Memetik laporan Kosmo!, platform milik pempengaruh yang dipercayai bertujuan untuk penggambaran itu ditunda sebuah bot sebelum ditahan sekitar 29.63 kilometer dari barat laut perairan Kuala Terengganu.

Siasatan awal mendapati platform terapung yang mempunyai sebuah kereta di atasnya telah ditunda oleh sebuah bot penumpang manakala sebuah bot lain mengiringinya.

Beliau menjelaskan pemeriksaan mendapati binaan platform itu tidak dilengkapi peralatan keselamatan, sekali gus mengundang risiko kepada kru dan penumpang.

Youtuber dua tingkat

Selain itu, Hamiludin berkata platform berkenaan turut didapati beroperasi tanpa lesen sah daripada Jabatan Laut.

Pssttt! Nampaknya obsesi pempengaruh untuk konten media sosial semakin keterlaluan hingga sanggup mempertaruhkan nyawa dan melanggar undang-undang.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top