Trending
Pempengaruh Ija didakwa berpura-pura hilang demi kahwin di Thailand. Netizen marah kerana telah menyusahkan ramai pihak.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang pempengaruh permotoran dikenali sebagai Ija didakwa hilang secara misteri.
Namun, polis kemudiannya mengesahkan kehilangan tersebut hanyalah rekaan semata-mata, malah adik lelakinya sendiri mengaku turut bersubahat.
BACA: Plot Twist! Kes Pempengaruh Hilang, Kereta Dijumpai Dalam Sungai Rupanya Hanya Rekaan?
Tindakan Ija bukan sahaja mengejutkan ramai, malah mengundang kemarahan netizen dan rakan-rakan yang sebelum ini bersungguh-sungguh membantu mencari dan mendoakan keselamatannya.
Ramai tertanya motif pempengaruh itu buat demikian

Apa yang lebih mengejutkan, semua kekecohan ini dilakukan semata-mata kerana dikatakan hanya mahu berkahwin dengan wanita lain di Thailand. Dahlah sanggup menenggelamkan kereta milik isterinya sendiri ke dalam sungai bagi mengaburi mata ramai.
Apa motif dia tenggelamkan kereta dekat sungai lepastu pergi kahwin dekat Siam? Tak faham betul aku.
Menyusahkan ramai pihak, netizen tuntut tindakan undang-undang

Ramai yang menyuarakan rasa kesal kerana tindakan Ija telah menyusahkan pihak polis, bomba dan JPAM yang bertungkus-lumus menjalankan pencarian dengan penuh keikhlasan.
Orang tak kisah pun kau nak kahwin ke, nak melingkup ke, nak pergi mampos ke… masalahnya dah menyusahkan ramai orang.
Kini, ada yang berharap agar tindakan saman atau tindakan undang-undang dikenakan terhadap Ija, kerana menyebabkan kegusaran awam dan menyalahgunakan sumber keselamatan negara.
Pssttt! Kebebasan peribadi tak bermakna kita boleh bertindak sesuka hati hingga menyusahkan orang lain. Hargai usaha mereka yang ikhlas, jangan manipulasi simpati demi kepentingan sendiri.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.