Trending
Engku Sulwani dikecam selepas video berpelukan mesra dengan Kael tular. Netizen persoal imej berhijab dan tindakan tidak sopan itu.
Pempengaruh media sosial kontroversi, Engku Sulwani sekali lagi menjadi perhatian selepas videonya berpelukan mesra dengan penyanyi Kael, bekas peserta program realiti Lagu Cinta Kita, tular di media sosial.
Menerusi Instagram, Engku Sulwani memuat naik satu video menunjukkan dirinya berbaju ungu ketat serta berhijab, manakala Kael pula hanya memakai baju tanpa lengan berwarna hitam.
Dulu Engku Sulwani model muslimah, kini dikecam ramai
Aksi mereka yang berpelukan erat, termasuk tarikan lengan Kael ke dadanya, mencetuskan kemarahan ramai netizen yang menyifatkan perbuatan itu sangat tidak wajar.
Tindakan Engku yang pernah dikenali sebagai model muslimah, nyata mengecewakan ramai pihak. Ramai meluahkan rasa tidak selesa dengan perbuatannya yang bertentangan dengan imej berhijab.
Netizen tak lupa kontroversi lama
Untuk rekod, ini bukan kali pertama nama Engku Sulwani jadi bahan bualan. Sebelum ini, beliau pernah dirakam bertengkar dengan isteri bekas suaminya di sebuah majlis keraian, sekali gus terus kekal dalam radar kontroversi netizen.
Pssttt! Berhijab bukan sekadar penampilan, tapi juga tanggungjawab. Jagalah batas pergaulan, lebih-lebih lagi di media sosial yang menjadi tontonan umum.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.