Pemuda bantu pelanggan jatuh jet ski hilang [METROTV]

Pemuda bantu pelanggan jatuh jet ski hilang [METROTV]

Teluk Bahang: Pemuda hilang di laut selepas terjatuh daripada jet skinya di Pantai Monyet di Taman Negara di sini, petang hari ini.

Sebelum itu, Mohammad Ashrul Aswan, 23, dikatakan cuba membantu menyelamatkan dua pelanggannya yang juga terjatuh jet ski ditunggang mereka.

Dia dikatakan menaiki jet ski menuju ke arah warga China selepas mereka terjatuh ke laut apabila jet skit dinaikinya terbalik.

Menurut rakannya yang hanya dikenali sebagai Mohammad Zalhasli, 21, mangsa cuba membantu dua pelanggan sebelum dia sendiri terjatuh ke dalam air dan hilang dari pandangan.

“Saya menghampirinya dan berusaha mencarinya tetapi tidak berjaya,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera diaktifkan selepas Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 4.07 petang.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mass Rafiuddin Mass Ariffin berkata, SAR dilakukan dengan bantuan aset Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) serta milik bomba sendiri.

Bagaimanapun, menurutnya, SAR terpaksa dihentikan pada 8 malam ini dan akan disambung semula esok.

“Dari apa yang kami diberitahu, mangsa menyelamatkan pelanggan yang jatuh daripada jeti ski mereka.

“Ketika melakukannya, dia pula terjatuh ke laut dan hilang begitu saja. Pelanggannya sempat diselamatkan,” katanya.

Anggota bomba melakukan pemantauan di perairan di Pantai Monyet di Taman Negara, Teluk Bahang bagi mengesan seorang pemuda yang hilang hari ini. Foto Mikail Ong

Scroll to Top