Pemuda cari nahas panjat pencawang, maut terkena renjatan elektrik

Pemuda cari nahas panjat pencawang, maut terkena renjatan elektrik
Seorang pemuda maut terkena renjatan elektrik di selatan Thailand. - Foto: Bangkok Post

Seorang pemuda maut terkena renjatan elektrik di selatan Thailand. – Foto: Bangkok Post

BANGKOK – Seorang pemuda berusia 29 tahun meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik gara-gara memanjat menara penghantaran kuasa voltan tinggi di daerah Chaloem Phra Kiat, Nakhon Si Thammarat, Selatan Thailand.

Memetik laporan Bangkok Post, pasukan bantuan kecemasan mulai bergegas ke tempat kejadian sekitar tengah hari pada Selasa selepas menerima laporan saksi.

Menurut polis Thailand, mangsa mungkin memanjat ke atas pencawang kira-kira 40 meter sebelum menyentuh wayar hidup menyebabkannya terkena renjatan elektrik.

ā€œKesan kejutan menyebabkan dia jatuh tersembam ke tanah yang membawa kepada kematiannya.

ā€œPemuda terbabit dikenal pasti mempunyai sejarah gangguan kesihatan mental.

ā€œSebelum ini, mangsa juga pernah memanjat bangunan tinggi di kawasan sama termasuk pusat ibadat dan tiang jana kuasa lain,ā€ katanya.

Difahamkan, tubuh lelaki berkenaan menunjukkan bekas luka bakar yang amat teruk.

Bagaimanapun, ketika di lokasi kejadian, saudara-mara mangsa tidak mempertikaikan punca kematian dan mayat dikembalikan kepada keluarga untuk upacara pengebumian tradisional.

Scroll to Top