Kisah pemuda kongsi ambil peperiksaan SPM serentak dengan kemoterapi telah mencuri perhatian dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Kongsi pemuda dikenali Zulfadhli Zulkiple di platform X (dulunya dikenali Twitter), dia mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serentak dengan menjalani kemoterapi di hospital.
Ambil peperiksaan SPM serentak dengan kemoterapi
Dia bagaimanapun tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai sakit yang dialaminya pada ketika itu, namun memaklumkan sesi kemoterapi berkenaan dihentikan sementara semasa musim peperiksaan SPM sedang berlangsung.
Zulfadhli Zulkiple berkata, dia juga sempat merasai pengalaman belajar di sekolah sewaktu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, masing-masing selama 6 bulan sahaja.
“Aku ambil SPM serentak buat kemoterapi. Cuma, semasa peperiksaan berlangsung, dia (pihak hospital) hentikan kemoterapi buat sementara.
“Tingkatan 4 sekolah 6 bulan sahaja, Tingkatan 5 sekolah 6 bulan sahaja juga. Pengawas jaga aku (semasa peperiksaan berlangsung) semua tidur sebab wad sejuk,”kongsinya.
Dalam hantaran tersebut, pemuda itu turut menyertakan keputusan peperiksaan diperoleh ketika menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Komputer Sains.
“UPSR peroleh 5A, PMR pula 8A, SPM dapat 8A 1B, Foundation in Computer Science 3.7, Bachelor ofComputer Science 3.7,”kongsinya lagi.
Artikel lain: Belum berjaya naik berat badan, Elyana tangguh rawatan kemoterapi
Cikgu datang ajar dua jam seminggu
Tambah Zulfadhli Zulkiple, kejayaannya juga dibantu oleh guru yang sukarela datang mengajar meskipun ia hanya sementara iaitu dua jam bagi setiap minggu.
“Adalah juga cikgu yang sukarela datang ajar sekejap. Kebanyakannya sekali seminggu je selama dua jam.
“Yang lain kena belajar sendiri. Okey, done flex (gelak),”ujarnya.
Kisah SPM 2015, kanser masih ada
Dedahnya, dia menduduki peperiksaan pada tahun 2015 dan penyakit kanser yang dihadapinya masih belum pulih sepenuhnya.
Sehingga kini, dia masih membuat pemeriksaan berkala di Hospital Kuala Lumpur disebabkan sudah berhenti melakukan kemoterapi.
“Buat yang tanya, kanser saya tak hilang lagi sepenuhnya tapi dia stabil dan sangat kecil. Tapi saya masih dan kerap menjalani pemeriksaan di HUKM sebab dah berhenti kemoterapi.
“Sekarang kerja saya cari sakit pula (mendaki). Apa pun, kesihatan adalah kekayaan. Maka, marilah kita jaga kesihatan sama-sama. Huhu,”maklumnya sambil menyertakan nasihat kepada orang ramai.
Hebat! Sangat menginspirasikan
Perkongsian pemuda itu telah membuatkan ramai tumpang bangga dan menyifatkan ia sebuah kisah pengalaman hidup yang amat menginspirasikan untuk terus berjaya meskipun berdepan dengan ujian hidup.
Sumber: X Zulfadhli_787