Pemuda maut kemalangan, ibu rayu helmet merah anak dipulangkan

Pemuda maut kemalangan, ibu rayu helmet merah anak dipulangkan

Kehilangan insan tersayang buat ahli keluarga sememangnya cukup memeritkan lebih-lebih lagi jika individu tersebut merupakan tonggak keluarga.

Namun, menerusi perkongsian di Harian Metro, seorang ibu dikenali sebagai Norazlina Abdul Aziz meminta agar sesiapa yang mengambil topi keledar yang dipakai oleh anaknya sewaktu kemalangan maut yang mengakibatkan pemuda itu terkorban untuk memulangkannya.

Topi keledar berkenaan adalah jenis full face berwarna merah jenama Zeus. Ia digunakan sewaktu kemalangan tersebut tetapi hilang dipercayai diambil seseorang sewaktu di tempat kejadian.

Saya merayu kepada sesiapa yang terambil helmet (topi keledar) arwah anak semasa kemalangan itu, pulangkan semula kerana puas kami cari di lokasi nahas, tetapi tak jumpa.
“Kalau ada yang terbeli dari seseorang, saya juga sanggup bayar semula duit itu.
“Helmet itu sangat berharga bagi saya kerana itulah kenangan anak saya, barang kesayangan arwah yang dia usaha beli guna duit gaji sendiri,” katanya.

Kredit foto: Harian Metro

Menurut ibu tunggal itu berkata, allahyarham anaknya iaitu Muhammad Danish Irfan Mohd Tajul Syahrizal, 19 telah meninggal dunia selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori pada pada Julai lalu di Kampung Pandan Dalam sewaktu menuju ke tempat kerjanya di Selayang, Selangor.

Ujarnya, Muhammad Danish Irfan merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga dan diharap menjadi ketua keluarga selepas bapanya, Mohd Tajul Syahrizal Mohd Nasir yang meninggal dunia akibat barah paru-paru pada 30 Mei 2012.

“Semasa usianya 16 tahun, saya harapkan anak ini boleh ganti tanggungjawab arwah suami. Saya tengok dia memang sangat melindungi keluarga terutama apabila ada orang cakap bukan-bukan pasal saya.
“Tapi sekarang tempat saya bergantung harap sudah tak ada, cuma doa dapat saya berikan untuknya. Bukan tak reda, tetapi saya masih perlukan masa mencari kekuatan untuk menerima kenyataan ini,” katanya.
@iceblendedc4

ADA SAATNYA DIMANA SANGAT MERINDUKAN SESEORANG HINGGA INGIN MENJEMPUTNYA DARI MIMPI DAN MEMELUKNYA DI DUNIA NYATA. Alfatihahsayangmama rinduanakmama rinduseparuhnyawa kemalanganotwpergikerja06072023

♬ Rangkullah Hatiku – Uchi Qolby

Dalam pada itu, Norazlina  juga menjelaskan yang pemergian anaknya itu terjadi kira-kira 43 hari sebelum allahyarham menyambut ulang tahunnya pada 16 Ogos lalu.

“Untuk birthday (hari jadi) Abang Ngah tahun ini, hanya doa dan bacaan Yasin yang dapat mama hadiahkan.
“Tak dapat lagi nak celebrate (sambut) macam tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Menjengah ke TikTok miliknya, dia dilihat kerap menziarahi pusara anak dan suaminya bagi menyedekahkan al-Fatihah serta meluahkan rasa rindu akan kehadiran mereka.

Mama angankan tangan Abang Ngah akan pimpin tangan mama sampai mama tua.
“(Tapi) siapa sangka hanya sementara Allah beri mama rasa itu. Nanti tarik tangan mama masuk syurga ya sayang,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Mahaizura Abd Malik), TikTok iceblendedc4