Siapa yang tidak geram melihat ada insan yang teraniya di depan mata lebih-lebih lagi seorang wanita. Jika kita merupakan individu normal, rasanya tidak tergamak mengasari seorang wanita apatah lagi mempermalukan mereka di depan umum.
Boleh jadi wanita itu melakukan kesalahan, namun kekerasan atau mengaibkan mereka bukan solusi untuk menyelesaikan masalah.
Oleh itu, menerusi satu perkongsian yang tular di akaun TikTok milik Nazri nazarudin, dia telah memuat naik video yang dirakam rakannya secara kebetulan ketika dia keluar dari kereta dan menegur tindakan seorang lelaki yang mengasari teman wanitanya.
@jaynaz88 Bukan rekaan , kejadian sebenar 🥺 tq tms record tanpa sgaja #fypシ #foryoupage #foryoupageofficiall #tiktokmlaysia #tiktokindonesia #malaysiabangkit
Nazri mengakui tidak mengenali mereka namun berasa terpanggil untuk menegur tindakan kurang ajar lelaki tersebut apabila melihat wanita tersebut seperti tertindas.
Dia memaklumkan yang teman wanita lelaki tersebut menangis sambil menjerit-jerit ditepi jalan.
Bagi menjelaskan keadaan sebenar, Nazri sama sekali menjelaskan ini semua bukan rekaan dan dia langsung tidak berfikir ingin menjadi hero. Cuma rasa terpanggil mendamaikan keadaan kerana sedar mempunyai ibu dan adik-beradik perempuan.
Tindakan pengguna TikTok itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang rata-rata menyebelahinya.
Ada warganet yang berkongsi kisah pernah menjadi mangsa lelaki sebegitu dan ada juga yang meminta untuk mendengar penerangan dari kedua-dua belah pihak sebelum menyalahkan satu pihak sahaja.
Sumber: TikTok @jaynaz88