Penampilan Di Konsert XO Curi Perhatian, Peminat Sebak Titip Kata Semangat Buat Naim Daniel : “Belajar Dari Kesilapan & Bangkit Semula”

Penampilan Di Konsert XO Curi Perhatian, Peminat Sebak Titip Kata Semangat Buat Naim Daniel : “Belajar Dari Kesilapan & Bangkit Semula”

Penyanyi popular, Naim Daniel mencuri perhatian selepas muncul pada Konsert XO 3.0 School Of Galau baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video tular di TikTok, Naim kelihatan tampil dengan busana sut lengkap berwarna biru dan putih sambil menyampaikan lagu popularnya, Seni Berdamai Dengan Takdir dan beberapa buah lagu popular miliknya.

Kelihatan tenang dan tampak lebih kemas, kemunculan Naim pad akonsert berkenaan membuatkan rata-rata peminat yang hadir berasa sebak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ada juga yang sempat menitipkan kata-kata semangat buat penyanyi itu agar terus kuat dan bangkit semula selepas isu kontroversi melibatkan dirinya.

 

 

Scroll to Top