Trending
Tular video Neelofa peragakan koleksi parka, tapi fesyennya dikecam netizen kerana didakwa tak sesuai untuk wanita berniqab.
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan usahawan dan selebriti popular, Neelofa memperagakan koleksi pakaian parka terbaru daripada jenamanya sendiri.
Menerusi Tiktok, Neelofa dilihat mengenakan satu set busana berwarna ‘nude’, termasuk tudung, niqab, parka dan seluar yang sedondon.
Namun, niat asalnya untuk mempromosi produk berubah menjadi bahan perdebatan hangat netizen!
Netizen kecam fesyen ‘niqabi’ Neelofa
Ramai netizen mempersoalkan kesesuaian pakaian yang diperagakan Neelofa, apatah lagi beliau berniqab dan menjadi ikon wanita Muslimah.
Ada juga yang memerli panjang niqab yang dipakai Neelofa, mengatakan ia terlalu pendek sehingga menyerupai pelitup muka biasa (mask).
Ada juga yang pertahankan Neelofa

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang tampil mempertahankan Neelofa dengan mengatakan bahawa pakaian tersebut masih longgar dan sopan.
Isu ini jelas menunjukkan bagaimana penampilan selebriti Muslimah sering menjadi tumpuan dan bahan perbincangan hangat masyarakat.
Pssttt! Menutup aurat bukan sekadar memenuhi syarat berpakaian, tapi juga bagaimana ia disampaikan kepada umum. Berpakaian sopan dan patuh syariah itu satu amanah, lebih-lebih lagi bila jadi inspirasi ramai.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.