Florida: Bekas jaguh tenis dunia, Andre Agassi mencipta permulaan cemerlang dalam penampilan sulungnya di pentas profesional pickleball apabila bergandingan dengan pemain nombor satu dunia, Anna Leigh Waters untuk mencatat kemenangan 11-8, 9-11, 11-7 dalam kejohanan Pickleball Terbuka Amerika Syarikat, awal pagi semalam.
© New Straits Times Press (M) Bhd