Penampilan Terbaru Fattah Amin Berambut Merah Undang Perhatian Ramai | Oh! Media

Penampilan Terbaru Fattah Amin Berambut Merah Undang Perhatian Ramai | Oh! Media

Pelakon terkenal, Fattah Amin sekali lagi menjadi bualan apabila tampil dengan rambut merah menyala untuk sesi fotografi bersama sebuah majalah fesyen terkemuka. 

Penampilan ranggi ini jelas mencetuskan pelbagai reaksi netizen terutamanya daripada peminat yang sering mengikuti perkembangan dirinya.

Namun, gaya baru itu tidak diterima dengan baik oleh sebahagian netizen. 

Ada yang mengaitkan penampilannya dengan kenyataannya sebelum ini untuk menjadi seorang bapa dan Muslim yang lebih baik selepas perceraiannya dengan Fazura.

Netizen beri nasihat kepada Fattah Amin

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai peminat meninggalkan komen berbentuk teguran dan nasihat buat pelakon itu.

“Kalau nak jadi Muslim yang lebih baik, cabut rantai tu Fattah. Perempuan sahaja boleh pakai rantai dan gelang. Rasanya Fattah tahu tapi mungkin tak perasan. Semoga 2025 menjadi tahun terbaik untuk Fattah dan tidak hanyut dan alpa dalam kemahsyuran.

Bukan tu jer, ada juga yang menegur pilihan pakaian Fattah, yang dikatakan menyokong jenama yang terkait dengan rejim Zionis.

Disamakan dengan T.O.P Big Bang?

Di sebalik komen negatif, ada juga yang melihat sisi kreatif penampilan ini dan menyamakan gaya rambut merah Fattah dengan watak penyanyi dan pelakon T.O.P dari kumpulan Big Bang dalam Squid Game 2 di Netflix baru-baru ini.

#OhmediaNasihat

Penampilan selebriti sering menjadi topik perbualan, tetapi sebagai peminat, penting untuk kita memberikan teguran yang baik jika benar-benar prihatin. Ingat, setiap individu mempunyai pilihan dan perjalanan hidup masing-masing. Yang penting, berikan sokongan secara positif untuk mereka terus maju tanpa melupakan nilai diri.


Scroll to Top