Penangan dua bulan, ramai datang mencuci – Utusan Digital

HULU TERENGGANU: Dua perniagaan yang tidak dapat beroperasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tentunya meresahkan mana-mana pemilik terutama apabila hilang pendapatan dalam tempoh lama.

Cabaran itulah yang terpaksa dilalui Muhamad Fakrudzi Ghazali, 33, namun dia kini boleh menarik nafas lega kerana premis cucian keretanya di Kampung Bukit Tok Bat di sini dapat kembali dibuka hari ini.

Katanya, sepanjang hampir dua bulan tidak beroperasi dia hanya bergantung kepada duit simpanan dan bantuan Geran Khas Prihatin (GPK) bagi menampung kehidupan di samping membiayai kos perniagaan termasuk gaji pekerja.

“Selain pusat cucian kereta, saya juga menyediakan perkhidmatan katering aiskrim tetapi kedua-duanya tidak dapat dibuka semasa PKP.

“Saya bersyukur apabila satu perniagaan dapat kembali beroperasi yang sekali gus diharap memulihkan kembali kewangan yang merudum,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Muhamad Fakrudzi yang kehilangan pergelangan tangan kiri akibat tersepit mesin tebu mula mengusahakan pusat cucian kereta itu sejak 10 tahun lalu dan menerima kira-kira 20 buah kenderaan setiap hari.

The post Penangan dua bulan, ramai datang mencuci appeared first on Utusan Digital.

Leave a Comment