13 Mac 2026 01:24pm
Masa membaca: 4 minit

Kirill Dmitriev. Foto: Agensi
MOSCOW – Penarikan sekatan Amerika Syarikat (AS) akan memberi kesan pada 100 juta tong minyak Rusia dalam transit, kata Kirill Dmitriev, ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) dan utusan khas presiden Rusia untuk kerjasama ekonomi dengan negara asing, pada Jumaat.
Terdahulu, AS membenarkan penjualan minyak mentah Rusia dan produk petroleum yang dimuatkan ke dalam kapal setakat 12 Mac.
“Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent mengumumkan bukan sahaja pelonggaran sekatan ke atas pembelian minyak Rusia di India, tetapi juga penarikan semua sekatan ke atas kira-kira 100 juta tong minyak Rusia dalam transit,” kata Dmitriev di Telegram, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Beliau menyatakan di tengah-tengah krisis tenaga yang kian meningkat, pelonggaran sekatan ke atas produk tenaga Rusia kelihatan tidak dapat dielakkan, walaupun terdapat tentangan daripada beberapa pihak dalam “birokrasi Brussels.”
Dengan menarik balik sekatan ke atas minyak Rusia, AS mengakui bahawa pasaran tenaga global tidak mampu kekal stabil tanpanya, tambah Dmitriev. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti
Ringkasan AI
- Penarikan sekatan AS akan memberi kesan pada 100 juta tong minyak Rusia dalam transit
- AS membenarkan penjualan minyak mentah Rusia dan produk petroleum yang dimuatkan hingga 12 Mac
- Terdapat pelonggaran sekatan terhadap pembelian minyak Rusia di India dan penarikan semua sekatan terhadap kira-kira 100 juta tong minyak Rusia
- Pelonggaran sekatan menunjukkan pasaran tenaga global tidak mampu kekal stabil tanpa minyak Rusia
- Krisis tenaga yang meningkat membuat pelonggaran sekatan ke atas produk tenaga Rusia kelihatan tidak dapat dielakkan


