Pelakon jelita, Nora Danish tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi cabaran menjadi ibu tunggal terutamanya dalam menahan emosi demi anak-anak.
Kata Nora menerusi temu bual podcast habis cerita yang dihoskan oleh rakannya yang juga penyanyi popular Indonesia, Rossa dan Natasha Haozeir berkata, antara perkara paling sukar menjadi ibu tunggal adalah menyembunyikan keletihan dan berpura-pura kuat.
“Cabaran saya menjadi singel mother ni adalah, saya rasa menahan keletihan. Sebab nak tunjuk kuat because you know, you are not strong but you have to be strong.
“Tapi the hardest part is, nak menahan emosi yang saya kuat. Itu paling susah pada saya sebab kita tak kuat pun sebenarnya tapi kena tahan,” katanya.
Tambahnya, mengawal emosi menjadi antara ujian paling mencabar yang perlu dihadapinya setiap hari.
“Itu adalah perkara paling penat bagi saya apabila kena menahan emosi supaya saya nampak kuat untuk anak.
“Dan, sampai sekarang saya rasa mereka (anak-anak) tak tahu yang saya sedih,” kongsinya.

Selain itu, Nora memaklumkan anak-anaknya juga seolah-olah tidak dapat merasai kesedihan yang disembunyikan meskipun dia cuba terlihat kuat dihadapan mereka.
“Mereka selalu fikir macam belah sana lebih sedih. Dia kata ‘Mummy, okay je’. Because I never show that saya sedih, kuat je lah.
“Paling susah untuk menjadi single mother adalah to hold your emotion,” jelasnya.
Sekadar info, Nora Danish dan Nedim Nazri mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Nora yang sebelum ini pernah bercerai dengan Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai) pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 17, sebelum bercerai pada 2008.




