Oh! Tidak
Penceramah bebas didakwa bunuh warga emas di restoran makanan segera Desa Jaya, Kepong minggu lalu.
Seorang penceramah bebas didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki warga emas di sebuah restoran makanan segera di Desa Jaya, Kepong minggu lalu.
Tertuduh, Toh Kai Lun, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Azlin Othman. Kes ini kini menjadi perhatian ramai selepas insiden terbabit tular sebelum ini.
Penceramah Bebas didakwa ikut Seksyen 304(b)

Mengikut pertuduhan, Kai Lun didakwa menyebabkan kematian Lim Kim Thong, 76, di premis No 23 dan 24, Jalan 54, Desa Jaya Kepong dalam daerah Gombak. Kejadian itu didakwa berlaku antara jam 5.20 petang hingga 5.40 petang pada 5 Mei lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Iman Ahmad Sapian manakala Kai Lun diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ernie Ahmad.
Mahkamah tetapkan jaminan RM8,000

Pihak pendakwaan kemudian memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia. Bagaimanapun, peguam bela memohon agar jumlah jaminan diberikan mengikut kemampuan keluarga tertuduh.
Saya difahamkan oleh kakaknya, beliau hanya mampu menyediakan sebanyak RM5,000 sahaja untuk bicara OKT (orang kena tuduh). Saya memohon pihak mahkamah memberikan jaminan mengikut kemampuannya.- Katanya.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah akhirnya menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin.
Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran kediamannya sementara menunggu prosiding seterusnya.
Pssttt! Kes macam ni memang buat ramai tersentak sebab melibatkan kehilangan nyawa. Apa pun, biarlah proses undang-undang berjalan dengan adil dan korang juga elakkan buat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




