Penceramah Bersuara Nama Dipetik Edisi Siasat Kes Zara

Penceramah Bersuara Nama Dipetik Edisi Siasat Kes Zara

Oh! Tidak

Akhi Fairuz jelaskan dia hanya beri ceramah pada 2023, bukan tahun ini dan bukan di sekolah mangsa Zara.


Penceramah motivasi terkenal, Akhi Fairuz tampil memberikan penjelasan selepas namanya dikaitkan dalam satu laporan siasatan tular berkait kematian tragik remaja perempuan, Zara Qairina.

Dalam laporan yang tersebar oleh saluran Telegram Edisi Siasat, nama Akhi Fairuz disebut sebagai salah seorang penceramah yang terlibat dalam program kesedaran jenayah seksual di sekolah terbabit.

Zara Qairina

Namun menurut penjelasan beliau di Instagram Story, dakwaan tersebut tidak tepat kerana beliau hanya pernah menyampaikan ceramah di sekolah berkenaan dua tahun lalu, iaitu pada tahun 2023.

Saya ceramah di sekolah berkenaan 2 tahun lepas, 2023, anjuran Majlis Guru Kaunseling di sana. Bukan sekolah berkenaan je, tapi di sekolah lain juga.

Arwah Adik Zara pun masih darjah 5 masa tu. Tak eloklah semua benda nak dikaitkan.- Jelas Akhi Fairuz.

Akhi Fairuz tegaskan tak ada kaitan dengan sesi tahun ini…

Akhi Fairuz

Dalam penjelasan itu juga, Akhi Fairuz berkata dia hairan mengapa namanya disebut seolah-olah baru memberi ceramah tahun ini, sedangkan tiada sesi ceramah pun dilakukan pada 2025 di sekolah tersebut.

Malah, bukti tangkap layar perbualan serta jadual aktiviti beliau turut disertakan yang menunjukkan lokasi sebenar ceramah beliau pada tarikh-tarikh tertentu pada tahun 2023.

Dalam laporan yang tular itu, antara isi kandungannya menyebut, “Ceramah berkaitan jenayah seksual telah dijalankan oleh penceramah luar (Akhi Fairuz Al-Jengkawi)…”.

Laporan itu juga mendakwa sesi kaunseling pernah dijalankan di sekolah terbabit sebelum kejadian berlaku, dan prestasi akademik mangsa dikategorikan sebagai sederhana.

Pssttt! Kes seperti ini sangat sensitif dan perlu ditangani dengan penuh berhati-hati. Sebelum kita menuding jari atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, lebih baik kita semak dahulu kebenarannya. Tuduhan secara terbuka boleh menjejaskan reputasi seseorang, lebih-lebih lagi jika individu itu tidak terlibat langsung dalam kejadian. Semoga kes ini disiasat dengan telus, dan nama-nama yang tidak terlibat tidak terus dijadikan mangsa. Hormatilah proses undang-undang dan lindungi maruah semua pihak yang terbabit.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top