Kuala Lumpur: Perkongsian sedih pelakon, Nabila Huda, 40, yang kehilangan kucing tersayang, Aoki menarik perhatian ramai di media sosialnya, terutama pencinta kucing.
Semalam, Nabila terpaksa melepaskan Aoki pergi buat selamanya yang mati akibat masalah buah pinggang. Kucing itu yang sudah dijaga sejak 15 tahun lalu.
Kelab Pencinta Kucing Malaysia juga berkongsi video Nabila dan Aoki di Facebook mereka dengan kapsyen begitu menyentuh hati masyarakat Malaysia khususnya pencinta kucing.
“Setia sampai hujung nyawa,” tulis kapsyen video itu yang dibanjiri pelbagai komen dan ucapan takziah kepada Nabila sekeluarga di atas kehilangan Aoki.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen yang juga pencinta kucing berkongsi perasaan sedih pernah dialami mereka kerana kucing kesayangan dibela mati akibat sakit.
“Saya sudah mengalami dan banyak kali, banyak sudah air mata keluar pasal kucing,” komen seorang netizen.
“Separuh jiwa pergi kalau pencinta kucing alami,” kata pengguna media sosial.
“Perkara yang sangat perit untuk kita hadapi,” tulis seorang wargamaya.
“Hanya pencinta kucing saja tahu perasaan dia macam mana,” kata salah seorang pencinta kucing.
Difahamkan, ketika Aoki sakit, Nabila bersama suaminya, Mohd Izwan Johar merawat kucing itu di rumah berikutan keadaan kesihatan ditunjukkan semakin lemah sejak Ahad lalu.
Terdahulu, Nabila yang mesra disapa Abil anak berkongsi kisah bersama Aoki di Instagram miliknya yang diibaratkan seperti anak sulung dalam keluarga mereka.
Ia berikutan kehadiran Aoki di sisi Nabila sudah terlalu lama sebelum dia mengandungkan anak tunggalnya, Keisha Laila selepas menjumpai kucing itu di lokasi penggambaran.
© New Straits Times Press (M) Bhd




