Pendakwa Turkiye dakwa Netanyahu serang flotila Gaza

Pendakwa Turkiye dakwa Netanyahu serang flotila Gaza
Pendakwa Turkiye dakwa Netanyahu serang flotila Gaza

Delegasi Global Sumud Flotilla yang menghimpunkan lebih 80 kapal dan 1,000 peserta dari seluruh dunia, dijadual berlepas dari Barcelona ke Gaza pada 12 April. – Foto fail Reuters

ISTANBUL – Pejabat Ketua Pendakwa Raya Istanbul menyediakan pertuduhan terhadap 35 suspek termasuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung campur tangan bersenjata terhadap Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza tahun lalu.

Menurut laporan Anadolu Agency, pertuduhan itu menuntut hukuman penjara seumur hidup yang diperberatkan selain hukuman penjara antara 1,102 tahun sembilan bulan hingga 4,596 tahun bagi setiap suspek.

Kesemua suspek didakwa atas pelbagai pertuduhan termasuk jenayah terhadap kemanusiaan, genosid, penafian kebebasan, penyeksaan, kerosakan harta benda, rompakan berkualiti serta menghalang, merampas atau menahan kenderaan pengangkutan.

Berdasarkan pertuduhan, aktivis di atas Global Sumud Flotilla dalam perjalanan ke Gaza melalui laluan laut bagi menghantar bantuan kemanusiaan sebelum diserang oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa.

Pertuduhan itu menyatakan bahawa selepas serangan, siasatan dimulakan oleh pihak pendakwa raya berdasarkan peruntukan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut, Perkara 15 Kanun Tatacara Jenayah Turkiye serta Perkara 12 dan 13 Kanun Keseksaan negara itu berkaitan bidang kuasa.

Pada September 2025, pasukan Israel menghentikan Global Sumud Flotilla dalam tindakan yang disifatkan penganjur sebagai campur tangan tidak sah, sebelum menaiki kapal, menahan sukarelawan dan membawa mereka ke Israel. – Bernama

Scroll to Top