Perkembangan terbaru kes melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew kembali menjadi perhatian apabila mahkamah hari ini mengarahkan tertuduh membela diri atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.
Memetik laporan Harian Metro, keputusan itu dibuat Majistret Nur Asyraf Zolhani selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Mahkamah puas hati dengan keterangan saksi

Majistret Nur Asyraf Zolhani berkata lagi, mahkamah telah meneliti secara menyeluruh semua keterangan saksi yang dikemukakan sepanjang perbicaraan termasuk mendengar hujah kedua-dua pihak.
Dalam perbicaraan kes yang bermula sejak September 2022, seramai 18 saksi pendakwaan telah dipanggil membuatkan mahkamah mengarahkan Ebit Lew membela diri.
Setelah meneliti dan menilai dengan penilaian positif kredibiliti dan kebolehpercayaan kesemua keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pihak pendakwaan dan setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak serta di atas penilaian maksimum terhadap kesemua keterangan pihak pendakwaan, mahkamah ini mendapati bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan ke atas tertuduh.
Mahkamah menetapkan 13 hingga 16 Oktober ini sebagai tarikh untuk peringkat pembelaan, dengan peguam Datuk Ram Singh memaklumkan bahawa pihaknya akan memanggil antara tujuh hingga 10 saksi.
Ujar peguam Ebit Lew lagi, tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi.

Terdahulu, Ebit Lew didakwa melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia lingkungan 40-an dengan menghantar gambar serta mesej lucah melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.
Kes ini didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pssttt! Kes ini membuktikan betapa pentingnya proses undang-undang berjalan secara telus dan adil tanpa dipengaruhi emosi atau persepsi awam. Apa pun keputusan nanti, biarlah mahkamah menjadi penentu berdasarkan fakta dan bukti yang dikemukakan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




