Pendakwah Selebriti Ditangkap Berduaan, Ini Sebenarnya Apa Yang Terjadi | Oh! Media

Pendakwah Selebriti Ditangkap Berduaan, Ini Sebenarnya Apa Yang Terjadi | Oh! Media

Pendakwah selebriti, Iddin Ramli jadi perhatian netizen selepas ditahan pihak berkuasa kerana disyaki bersedudukan dalam kereta bersama seorang wanita.

Menerusi Tiktok, Iddin menjelaskan kepada pegawai bertugas bahawa wanita tersebut adalah isterinya sendiri, Bella, dan mereka hanya sedang menunggu pekerja.

Saya tiada kad kahwin. Ini perkahwinan tahun yang kelima, saya tak pernah mohon dan tak pernah buat kad kahwin.

Bagaimanapun, Iddin berjaya membuktikan hubungan mereka sah dengan menunjukkan gambar perkahwinan mereka kepada pihak berkuasa.

Netizen kata kad kahwin dah tak relevan?

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman serupa, menyatakan bahawa mereka juga tidak pernah mohon kad kahwin, walaupun sudah lama berkahwin.

Dalam masa sama, ramai turut mencadangkan agar pihak berwajib menaik taraf sistem semakan status perkahwinan, agar pasangan berkahwin boleh disahkan dengan mudah melalui aplikasi digital tanpa perlu bergantung pada dokumen fizikal seperti kad kahwin.

Pssttt! Kadang-kadang kesilapan kecil boleh cetus salah faham besar. Jika anda sudah berkahwin, pastikan bawa bukti sah dan mungkin sudah tiba masa untuk sistem semakan digital diperluas demi elak situasi memalukan.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top