Trending
Serangan negara Pendatang Haram terus ragut nyawa di Gaza, termasuk kanak-kanak, ketika sekatan diperketat dan bantuan diharamkan. Situasi kemanusiaan semakin kritikal.
Sekurang-kurangnya seorang rakyat Palestin terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam serangan pendatang haram di Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam lalu.
Menurut laporan Kosmo, keadaan menjadi lebih menyayat hati apabila seorang kanak-kanak turut terbunuh akibat serangan tentera Israel di kawasan Jabalia an-Nazla, utara Gaza.
Mayat warga Palestin ditemui di bawah runtuhan

Dalam perkembangan sama, kementerian berkenaan memaklumkan satu lagi mayat ditemui di bawah runtuhan bangunan, dipercayai akibat serangan Israel sebelum ini.
Menurut data terkini, sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025, Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 416 rakyat Palestin, mencederakan 1,153 orang dan mengeluarkan kira-kira 683 mayat dari bawah runtuhan bangunan
Pendatang haram telah haramkan 37 organisasi bantuan

Situasi kemanusiaan di Gaza terus meruncing apabila Israel mengharamkan 37 organisasi bantuan, termasuk Oxfam dan Doctors Without Borders.
Tindakan itu dibuat selepas pertubuhan berkenaan enggan menyerahkan butiran kakitangan mereka susulan tuduhan tanpa bukti hubungan dengan Hamas.
Larangan tersebut menerima kecaman hebat daripada Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) yang memberi amaran tindakan itu bakal memburukkan lagi keadaan kemanusiaan yang sudah kritikal.
Di Gaza, keluarga Palestin memulakan tahun baharu dengan penuh ketidakpastian apabila sekatan semakin diperketatkan dan bantuan kemanusiaan semakin berkurangan.
Sementara itu di Tebing Barat, seorang rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, manakala dua lagi cedera akibat tembakan Israel di kampung Luban al-Sharqiya, Nablus.
Pssttt! Dalam konflik berpanjangan, mangsa sebenar adalah orang awam yang tidak berdosa. Dunia perlu terus bersuara dan menuntut keadilan demi kemanusiaan sejagat.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




