Pendawaian elektrik punca kebakaran premis, rumah musim Aidilfitri

Pendawaian elektrik punca kebakaran premis, rumah musim Aidilfitri

SHAH ALAM: Masalah pendawaian elektrik dikenalpasti menjadi punca utama kebakaran premis bangunan dan rumah sepanjang musim Aidilfitri tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, pihaknya sentiasa merekodkan kes dan memantau trend kebakaran sepanjang operasi sempena sambutan perayaan itu.

Katanya, statistik tahun lalu mencatatkan peningkatan empat peratus atau 46 kes berbanding tahun sebelumnya.Ā 

ā€œBagi kes kebakaran struktur, pendawaian elektrik menjadi punca utama yang menjadi sumber nyalaan dan punca kebakaran.

ā€œIa antaranya melibatkan ā€˜resistance heating’ (rintangan pemanasan), litar pintas dan ā€˜overload’ (lebihan bebanan),ā€ katanya ketika berucap pada majlis pelancaran helikopter Emergency Air Ambulance Rescue ServicesĀ  (EMARS) dan Kempen Keselamatan Musim Perayaan JBPM 2023 di perkarangan AEON Mall, Seksyen 13 di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming.

Jelas Abdul Wahab, orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada terutama dalam menggunakan perkakas elektrik ketika musim perayaan ini.Ā 

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya mengenalpasti dan merancang untuk menempatkan jentera serta keanggotaan di 14 lokasi panas lebuh raya di seluruh negara.

ā€œIa bagi mempercepatkan masa bertindak terutama pada waktu puncak melibatkan jentera pemadaman, penyelamatan dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

ā€œGerakan Ops Ronda di lebuh raya itu akan dilaksanakan bermula 20 hingga 27 April ini dengan melibatkan 252 anggota bertugas,ā€ ujarnya. – UTUSAN

Scroll to Top