Pendedahan Marzuki sahkan PAS terima tawaran kewangan Bersatu – Asyraf Wajdi

Pendedahan Marzuki sahkan PAS terima tawaran kewangan Bersatu – Asyraf Wajdi

Tindakan PAS meninggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional untuk bersama Bersatu menubuhkan Parti Perikatan Nasional (PN) semakin jelas selepas pendedahan berhubung soal kewangan oleh bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu sebenarnya sudah lama diperkatakan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pendedahan Marzuki

Pendedahan Marzuki

“Patutlah PAS sanggup meninggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional untuk bersama Bersatu mendaftar dan menubuhkan Parti Perikatan Nasional.
“Memang waktu itu lagi ramai yang memberikan maklumat bahawa Bersatu menawarkan kepada PAS bantuan kewangan hadapi PRU15.
“Justeru, hari ini apabila bekas Setiausaha Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mendedahkan segala perbelanjaan Perikatan Nasional termasuk calon-calon PAS ditanggung Bersatu hanya mengesahkan cakap-cakap waktu itu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Artikel lain: Marzuki dedah perbelanjaan PRU15 Perikatan Nasional ditanggung Bersatu 

Pendedahan Marzuki

 Dr Marzuki Mohamad mendedahkan kos pilihan raya PN pada PRU15 ditanggung sepenuhnya oleh Bersatu.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meluahkan rasa hairan dan meminta Dr Marzuki untuk menjelaskan ke mana sumbangan kewangan itu disalurkan.

“Tanya dia, dia bagi kat siapa duit tu?” Ujarnya.

Sumber: Instagram @Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Scroll to Top