Pendekatan baru penjagaan kulit sensitif

Pendekatan baru penjagaan kulit sensitif

Kulit yang sihat bukan sekadar penampilan luaran, ia adalah cerminan keselesaan, keyakinan diri dan kualiti hidup yang optimum.

Namun, bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif, cabaran ini bukan sahaja masalah fizikal malah emosi.

Rasa tidak selesa, kemerahan dan kegatalan berterusan boleh mengganggu rutin, menjejaskan kualiti tidur serta fokus harian.

Dalam persekitaran dan cuaca tidak menentu, permintaan terhadap produk penjagaan kulit yang selamat untuk kegunaan jangka masa panjang juga semakin meningkat.

Menyedari keperluan ini, lahirlah sebuah inovasi tempatan, REMDII, jenama yang menggabungkan kepakaran saintifik dengan bahan semula jadi bagi memenuhi keperluan kulit kering dan sensitif.

Ilmu dan prihatin jadi asas REMDII

Ia bermula bukan dari trend pasaran, tetapi dari perjuangan peribadi seorang ibu.

Prof Dr Lai Oi Ming, seorang penyelidik yang berkepakaran dalam teknologi lipid berdepan cabaran apabila anak lelaki beliau mengalami masalah kulit yang sangat kering dan sensitif. Walaupun sesetengah krim memberi kelegaan sementara, keadaan kulit sering kembali tidak selesa.

Berbekalkan kepakarannya, beliau mula mengkaji potensi tokotrienol, sejenis antioksidan yang ditemui dalam minyak sawit merah dan mendapati ia mempunyai kesan antioksidan 60 kali lebih kuat berbanding vitamin E biasa seperti tokopherol bagi membantu untuk mengurangkan kemerahan kulit.

Hasil kajian ini menjadi asas kepada formulasi pelembap semula jadi yang selamat digunakan setiap hari serta bebas steroid atau bahan yang boleh mencetuskan iritasi.

Maka, lahirlah REMDII sebagai jawapan kepada mereka yang bergelut dengan masalah kulit kering dan sensitif.

Di bawah kepimpinan Pengarah Urusan, Leow Min Min, bersama Ketua Pembangunan Perniagaan, Tan Peh Fen, REMDII berkembang menjadi jenama yang dipercayai pengguna tempatan.

Formulasi semula jadinya diuji dengan teliti bagi memastikan ia sesuai dan berkesan dalam membantu mengurangkan simptom kulit sensitif seperti kemerahan dan kekeringan.

Dalam usaha memperluas sokongan kepada mereka yang menghadapi masalah kulit sensitif, REMDII turut menubuhkan Malaysia Eczema Support Community (MESC), sebuah komuniti yang kini dianggotai lebih 70,000 individu.

Komuniti ini bukan sahaja menjadi wadah perkongsian maklumat, malah memberikan sokongan dalam menguruskan simpton kulit sensitif.

Penjagaan kulit yang mengubah hidup

Roslina Anang turut berkongsi kesan positif penggunaan REMDII terhadap kulit anaknya.

“Selepas anak saya menggunakan krim ini, keadaan kulitnya nampak lebih tenang dan selesa. Penampilan kemerahan juga kelihatan berkurangan. Saya nampak banyak perubahan pada bahagian telinga, tidak lagi nampak kering dan anak saya pun kurang menggaru,” katanya.

Sebagai jenama tempatan yang dibangunkan melalui sains, REMDII menawarkan penjagaan bebas steroid yang diyakini untuk kulit kering dan sensitif.

Alami sendiri perbezaannya. Dapatkan produk REMDII hari ini melalui laman web rasmi di www.remdii.com.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top