Penduduk Medan 88 tidak melarikan diri – Arjunaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Shah Alam – Polis Selangor percaya beberapa penduduk Medan 88 di Bandar Baru Salak Tinggi tidak melarikan diri apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu.

“Majoriti penduduk di kawasan itu bekerja syif, mereka tidak dapat pulang ke rumah apabila kawasan tersebut dilaksanakan PKPD,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang, Mohamad Zain A Hamid meminta bantuan polis untuk mengesan kira-kira 400 penghuni Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi yang gagal membuat saringan Covid-19.

Menurutnya, bilangan mereka yang didapati tidak pulang ke kediaman di situ diperoleh melalui rakan dan jiran selepas polis mengepung kawasan itu pada jam 6 petang Selasa lalu.

Arjunaidi juga mendedahkan seramai 13 penghuni Medan 88 yang hilang dari kawasan PKPD itu berjaya dikesan, pagi tadi.

“Pagi tadi saya dimaklumkan ada 13 penghuni balik dan datang untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

“Mereka ini sebenarnya bukan melarikan diri, dia tengok sudah lockdown, jadi dia tak balik,” katanya.

Arjunaidi menyatakan beliau berharap penduduk di kawasan itu yang belum menampilkan diri segera menghadirkan diri di Kementerian Kesihatan untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

“Siapa nak beri saringan percuma untuk kebaikan mereka, kalau majikan tahu, pasti mereka akan bawa balik jalani saringan,” katanya kepada sidang media hari ini.

Malay News
Farah Fauzi