Penembak masjid NZ tarik balik semakan kehakiman status pengganas

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp
Brenton Tarrant berdepan hukuman penjara tanpa parol. (Gambar AP)

SYDNEY: Penembak rambang yang membunuh 51 orang dalam serangan sebuah masjid di Christchurch telah menarik balik semakan kehakiman terhadap keadaan penjara dan status “pengganas”, lapor New Zealand Herald pada Jumaat.

Pekeliling yang dikeluarkan oleh Hakim Geoffrey Venning menunjukkan Brenton Tarrant telah menarik balik permohonannya, lapor akhbar itu.
Tetapi dokumen itu tidak segera diperoleh dari mahkamah.

Pengganas kulit putih itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol kerana membunuh 51 orang dan cubaan membunuh 40 yang lain di dua masjid di Christchurch pada 15 Mac 2019, pembunuhan rambang terburuk dalam sejarah negara itu.

Tarrant, warganegara Australia, adalah satu-satunya individu di New Zealand yang diberi status pengganas.

Minggu lalu Tarrant memfailkan semakan kehakiman. Dia tidak hadir di mahkamah untuk prosiding itu.