Penerbit Separuh Akhir Muzik Muzik 39 (SFMM 39), Nurhul Huda Hj Khalid memaklumkan pihaknya menerima surat daripada syarikat rakaman, Sony Music Entertainment mengatakan penyanyi, Misha Omar tidak membuat persembahan pada malam tersebut.
Mempertaruhkan lagu hasil ciptaannya bersama Sharon Paul, Misha digantikan dengan penyanyi, Vanessa Reynauld bagi mempersembahkan Masihkah Ada Rasa Itu.
Difahamkan, keputusan dan pemilihan penyanyi gantian itu juga sudah ditetapkan oleh pihak Sony Music Entertainment.
“Pihak kami mendapat surat daripada label mengatakan Misha ada komitmen lain yang telah dipersetujui awal. Tiada masalah sekiranya Misha menyanyikan lagu tersebut seandainya lagu tersebut berjaya ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 39. Segalanya terpulang kepada label.
“Penggantian Vanessa juga daripada pihak label,” katanya mengulas berhubung ketiadaan Misha pada malam program itu.
Dalam pada itu, Huda turut mengatakan pihaknya ada berusaha untuk memujuk Misha, namun pada akhirnya segala keputusan terletak kepada label.
“Sudah tentu ada usaha memujuk Misha, namun kami tidak boleh memaksa. Jadi, kami akur dengan segala keputusan label,” tambahnya.
@tv3malaysia Jom undi lagu Masihkah Ada Rasa Itu nyanyian asal Misha Omar dan dinyanyikan oleh @vanessareynauld untuk ke AJL39! 🔥 Saksikan Muzik Muzik 39 Separuh Akhir, 14 & 15 November, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton. Mulai 10-15 November, korang boleh menang Smart TV & tiket AJL tau! Nantikan.. #SFMM39 #RoadToAJL39
Menjengah ke Instagram Misha, pelantun lagu Sampai Bila ini kelihatan tenang membalas komen-komen peminat yang mempersoalkan ketiadaannya pada malam SFMM 39.
Misha bagaimanapun enggan mengenang peristiwa itu dan memilih untuk memberi tumpuan kepada showcase ‘Back to Basic’ yang bakal berlangsung pada 21 Disember ini.
“Panjang ceritanya, apa pun Kak Mitch (panggilan Misha) bangga lagu Masihkah Ada rasa Itu berkumandang di SFMM39. Itu tetap memorinya lagu kita,” tulisnya.
Artikel Berkaitan: Tanda Apresiasi Peminat, Showcase ‘Back To Basic’ Bakal Imbau Perjalanan Karier Misha Omar Lebih 2 Dekad
Masihkah Ada Rasa Itu antara 30 lagu yang mara ke SFMM39 untuk merebut 10 kerusi ‘panas’ ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 yang dijadualkan awal 2025.
Sementara itu, satu lagi lagu Angau nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Fahimi Rahmat, turut digantikan dengan penyanyi Sharul Kamal.
Difahamkan penyanyi yang berusia 27 tahun itu sedang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.
SFMM39 membariskan juri profesional Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad yang diketuai Edry Abdul Halim.
Kedua-dua saringan SFMM dikendalikan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy.
Artikel Berkaitan: Pertaruh Lagu Masihkah Ada Rasa Itu, Vanessa Reynauld Ganti Misha Omar Di SFMM39