Oh! Tidak
Individu ini dedah penerima hibah adalah kakaknya, dakwa waris bawa abang ipar tukar geran tanah masa sakit.
Baru-baru ini viral perkongsian perunding kewangan Islam, Afyan Mat Rawi, mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Sivil yang membenarkan wang hibah RM1 juta diagihkan mengikut faraid.
BACA: Hibah Takaful RM1 Juta Dicabar Keluarga Arwah Suami, Mahkamah Putuskan Wang Jadi Faraid
Dilaporkan, tuntutan dibuat oleh keluarga si mati membuatkan balu arwah terpaksa memulangkan wang hibah yang diterimanya.
Terbaru, Afyan Mat Rawi berkongsi pula pengakuan seorang ejen takaful yang mengesahkan kes tersebut adalah benar dan bukan rekaan.
“Penerima hibah itu kakak saya”


Menurut individu ini, dia merupakan ejen takaful kepada arwah dan penerima hibah adalah kakaknya sendiri.
Kes ini telah dimenangi di Mahkamah Tinggi Syariah pada tahun 2023 selepas mula dicabar pada 2021.
Tapi disebabkan rasa tak puas hati, keluarga arwah bertindak bawa kes ni ke Mahkamah Tinggi Sivil untuk cabar keputusan mahkamah syariah.
Tuntutan tak masuk akal, polisi RM1 juta nak dijadikan pusaka?
Beliau turut mendedahkan senarai harta arwah yang difailkan oleh ibu bapa dan adik-beradik arwah termasuklah polisi takaful yang bernilai RM1 juta.

Menurutnya, nilai insurans biasa yang lain hanya RM6,000 tetapi hibah takaful itulah yang dituntut untuk dijadikan pusaka.

Perkara ini sekaligus membuktikan bahawa kes ini benar-benar berlaku dan bukan cerita olok-olok. Bahkan jelas menunjukkan bagaimana sistem perundangan boleh digunakan untuk mencabar hak balu yang sudah dijamin melalui polisi hibah.
Pssttt! Ini bukan kes pertama melibatkan harta pusaka apabila meninggal dunia kan? Tapi ini rare sikit bila hibah pun nak tuntut!
Kredit: Facebook Afyan Mat Rawi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.