Peneroka Haram Hutan Simpan Ulu Langat Dapat Tanah 1 Ekar Seorang | Oh! Negara – Oh! Media

Peneroka Haram Hutan Simpan Ulu Langat Dapat Tanah 1 Ekar Seorang | Oh! Negara – Oh! Media

Oh! Negara

Kerajaan Selangor beri satu ekar tanah kepada peneroka haram Ulu Langat.


Lepas lebih 40 tahun terbiar tanpa penyelesaian, akhirnya isu peneroka haram di Hutan Simpan Ulu Langat berjaya dirungkai.

Kerajaan Negeri Selangor memutuskan setiap peneroka yang layak akan diberi tanah seluas 0.404 hektar atau satu ekar sahaja.

Itu pun ikut peraturan tanah semasa serta senarai peneroka yang disahkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat.

Setiap peneroka yang layak akan diberikan tanah seluas satu ekar (0.404 hektar) sahaja mengikut peraturan tanah semasa menggunakan senarai peneroka yang disahkan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat.- Kata Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin.

Tanah akan diwartakan sebagai Rizab Melayu…

 7874

Jamaliah juga maklumkan yang kawasan tersebut akan diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu. Apapun, korang jangan salah faham keputusan ini tidak boleh dijadikan rujukan untuk mana-mana kawasan hutan simpan lain.

Kes ini melibatkan kawasan seluas 154 hektar yang dah diteroka sejak tahun 1980-an lagi, antaranya untuk pertanian, ternakan ikan dan tapak perkemahan berbayar.

Menurut Jamaliah lagi, kerajaan negeri bersetuju menyahwartakan sebahagian Kompartmen 10, 53 dan 54, seluas kira-kira 43 hektar kepada PDT Hulu Langat sebagai tanah kerajaan untuk diserahkan kepada peneroka secara berkelompok.

Mesyuarat penyelarasan turut diadakan 10 Jun lalu bagi bincangkan langkah pelaksanaan penyahwartaan, penggantian kawasan hutan dan pendengaran awam sebelum apa-apa proses dimuktamadkan.

Struktur haram dan risiko bencana di kawasan sekitar…

 7876

JPNS mendapati ada 120 struktur binaan haram dan kawasan pertanian tanpa kebenaran dalam tiga kompartmen utama tersebut. Di Kompartmen 79 pula, terdapat lima struktur binaan tambahan.

Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut maklumkan ada kawasan yang terlalu hampir dengan sungai dan berisiko tinggi banjir dan kepala air.

Jamaliah kata, aktiviti pencerobohan ini bukan saja mengganggu ekosistem, tapi juga ancam kestabilan cerun, sumber air, dan biodiversiti. Malah ia boleh mengancam nyawa dan keselamatan penduduk jika tak dikawal.

Pssttt! Apa yang berlaku di Hutan Simpan Ulu Langat ni jadi pengajaran besar buat kita semua. Bila undang-undang tak dikuatkuasakan dari awal, kesannya bukan sekejap, sampai berlarutan berdekad-dekad.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top