Pengadil maut di tengah padang

Pengadil maut di tengah padang

faris.fuad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang pengadil maut di padang bola sepak di Jalan Sungai Chua, Taman Berjaya, Kajang, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima panggilan kecemasan pada jam 4.17 petang berhubung mangsa berusia lingkungan 50-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata siasatan awal mendapati mangsa rebah ketika mengadili perlawanan bola sepak yang baru berlangsung 19 minit.

“Petugas ambulans yang tiba terus menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa sebelum mengesahkan kematiannya.

“Mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top