‘Pengajaran untuk kami bangkit perlawanan akan datang’

‘Pengajaran untuk kami bangkit perlawanan akan datang’

Arif Aiman Hanapi ketika melakukan percubaan ke arah gawang Ulsan dalam aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia di Stadium Bolasepak Munsu pada Selasa. – Foto JOHOR Southern Tigers

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mendapat pengajaran berguna selepas tewas 1-3 kepada kepada Ulsan Hyundai dalam aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 di Stadium Bolasepak Munsu pada Selasa.

Pengendali JDT, Esteban Solari berkata, barisan pemainnya bagaikan hilang punca selepas dibolosi tiga gol awal dalam tempoh 20 minit pertama perlawanan.

“Satu perlawanan yang sukar. Dalam tempoh 20 minit separuh masa pertama, kami dihukum gol pertama hasil set piece yang menjejaskan konsentrasi.

“Ia kemudiannya disusuli dua lagi gol dijaringkan ketika penjaga gol kami (Ahmad Syihan Hazmi) tidak menyentuh bola sebaik aksi bermula.

Scroll to Top