Tempat perlindungan sementara sepatutnya menjadi lokasi selamat ketika bencana, namun insiden di sebuah PPS di Bachok, Kelantan ini mengejutkan ramai apabila seorang remaja perempuan didakwa menjadi mangsa amang seksual.
Lebih menggemparkan, individu yang dituduh sebenarnya sudah pun mempunyai rekod kes rogol yang masih dalam perbicaraan.
Lapor Sinar Harian tertuduh, Nik Mohammad Ilfam Mohammad Noor bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan Mahkamah Sesyen hari ini.
Tidak ditawarkan jaminan kerana kes sangat serius

Menurut pertuduhan, kejadian berlaku pada jam 11 pagi, 26 November lalu di sebuah PPS di Jelawat, Bachok. Remaja berusia 16 tahun itu didakwa menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh tertuduh.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Ray Siti Hajar berkata pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan memandangkan tuduhan yang dihadapi tertuduh sangat berat.
Kes rogol tahun lepas masih berjalan

Tambahan pula, tertuduh juga dituduh atas kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada tahun lepas.
Dia dalam tempoh jaminan mahkamah dan kes rogol tersebut masih dalam perbicaraan.
Mahkamah kemudian tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 8 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula serta lantikan peguam.
Pssttt! Insiden sebegini memang menimbulkan ketakutan, apatah lagi apabila ia berlaku di lokasi yang sepatutnya melindungi mangsa bencana. Semoga kes ini disiasat secara telus dan keadilan dapat ditegakkan demi keselamatan remaja serta masyarakat.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




