Penganggur ditahan rogol anak tiri

Penganggur ditahan rogol anak tiri

am@hmetro.com.my

Tawau: Seorang penganggur ditahan selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 19 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 14 Jalan Apas, dekat sini, pada Selasa.

Suspek berusia 54 tahun yang juga bapa tiri mangsa ditahan di sebuah ladang dekat Semporan, 4.50 petang, keesokan harinya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa memaklumkan kejadian dia dirogol bapa tirinya sebelum salah seorang ahli keluarga tampil membuat laporan polis.

“Bertindak daripada maklumat diterima, kita menahan suspek sehari selepas itu untuk siasatan lanjut dalam kes rogol ini.

“Suspek seorang warga asing dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, di sini, pagi ini.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan; Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual terhadap kanak kanak 2017; Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top