Penganjur Mohon Maaf Isu Bendera China Dikibarkan Di Perak | Oh! Media

Penganjur Mohon Maaf Isu Bendera China Dikibarkan Di Perak | Oh! Media

Baru-baru ini tular video memaparkan satu kumpulan sedang berarak sambil mengibarkan bendera negara China di Teluk Intan, Perak sempena Sambutan Guan Gong Sedunia.

Video yang tular itu undang perhatian rakyat Malaysia yang terkejut kerana bendera China yang dikibarkan, bukan jalur gemilang.

Dikibarkan Oleh Peserta Dari China

perak

Oleh yang demikian, Penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia memohon maaf dan mengatakan bendera itu dikibarkan oleh peserta rombongan dari China.

Untuk makluman semua, tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.

Sambutan Guan Gong Sedunia merupakan program yang telah berlangsung banyak tahun dan dianjurkan dari Johor ke Kedah, Perak merupakan salah satu stesen yang terlibat.

Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden tersebut dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program tersebut.

Terbaru pihak polis sahkan perarakan tersebut tiada permit kerana mana-mana pihak perlu menghantar permohonan kepada kepada polis dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh perhimpunan.

#NasihatOhmedia

Penganjur harus pantau setiap perkara yang dilakukan oleh peserta supaya perbuatan mereka tidak menimbulkan kegentaran awam.

Scroll to Top