Penganjur pro-Israel: KPM tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt

Penganjur pro-Israel: KPM tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadualkan berlangsung di Frankfurt, Jerman.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka daripada pihak penganjur terhadap Israel.

“KPM tidak akan sekali-kali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin. Ia jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

“Keputusan yang diambil KPM adalah selari dengan pendirian kerajaan untuk sentiasa bersolidariti dan memberi sokongan penuh kepada Palestin,” katanya hari ini – UTUSAN